
BEAUFORT: Seorang pelajar tingkatan tiga menggantung diri di biliknya beberapa jam selepas dimarahi kakaknya kerana ponteng sekolah di Beaufort.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Azmir Abdul Razak berkata mayat Andrew Wong ditemui tergantung di siling biliknya oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah kira-kira 1.30 tengah pada Isnin, kelmarin.
Beliau berkata, adiknya menghubungi ibu mereka yang sedang bekerja, selepas menurunkan mayat abangnya.
Katanya, mayat pelajar itu dialihkan ke ruang tamu setibanya polis di tempat kejadian.
“Kami dapati ibunya berusia 51 tahun keluar bekerja pada 6.40 pagi.
“Kemudian, sebelum kakaknya pergi bekerja, dia memarahi budak itu kerana tidak mahu ke sekolah.”
Katanya, mayat pelajar itu dihantar ke hospital daerah untuk bedah siasat.