Christina Dikunjungi Konsul Kehormat Perancis

Christina (kiri) rancak berbual bersama Leizerovici (kanan) semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Konsul Kehormat Perancis di Kota Kinabalu Jacques Leizerovici mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew di Wisma Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu baru-baru ini. 

Beliau memberi taklimat tentang hubungan dua hala antara Perancis dan Sabah selain menawarkan untuk membantu mempromosikan Sabah di Perancis.

Jacques turut mempelawa Christina untuk melawat Perancis dalam lawatannya ke Eropah untuk menarik pelancong ke Sabah. 

Katanya, Oktober adalah masa yang sesuai untuk mengadakan lawatan kerana cuaca lebih sejuk dan ia pada musim menuai buah anggur.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *