(VIDEO) ‘Kau Baru Kenal Aku Siapa Kan!’ – Remaja Dibelasah, Mukanya Dipijak Dengan Kaki Sehingga ‘Mengeras’

Viral di media sosial ketika ini, satu klip video pergaduhan di antara beberapa remaja lelaki yang dipercayai berlaku di sebuah padang di Setia Alam, tanpa diketahui motif sebenar kejadian. 

Berdasarkan klip video berdurasi 36 saat itu, remaja berbaju biru menampar mangsa beberapa kali dan berkata, “Kau baru kenal aku siapa, kan?”. 

Serentak dengan itu, suspek menarik rambut mangsa dan mengheret ke lantai sebelum dipukul bertubi-tubi dan kemudian rakan suspek datang lalu melompat dan menghentak muka mangsa dengan kuat menggunakan kakinya sehingga menyebabkan mangsa ‘mengejung’ menahan kesakitan. 

Di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek.

Namun tampil pula seorang lelaki memaklumkan kes itu telah diselesaikan dan laporan polis juga telah dibuat oleh bapa mangsa.”…kes ini sudah dibuat report ke balai polis.

Tujuan saya viralkan kes ini kerana saya bersimpati terhadap rakan saya. Mengapa perlu bergaduh sedangkan boleh berbincang secara baik. 

Mangsa membuat laporan di balai polis

Meskipun laporan polis telah dibuat, netizen tidak menganggap kes itu telah diselesaikan dan kini berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek yang jelas sekali bertindak melampaui batasan sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS