Lelaki Tempatan Ditahan Pecah Masuk Pejabat Kerajaan

Suspek ditahan polis di belakang premis Pejabat Perangkaan Malaysia, Sandakan – Gambar IPD Sandakan

SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN DITANGKAP KETIKA SEDANG MELAKUKAN AKTIVITI JENAYAH

SANDAKAN: Pasukan Polis dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan telah berjaya menahan 1 Lelaki warga tempatan berusia 25 tahun, di batu 7.5 belakang premis Pejabat Perangkaan Malaysia di sini pada pukul 2.30 pagi Rabu lalu.

Semasa rondaan Pencegahan jenayah dilakukan, pihak polis telah terserempak dengan suspek yang sedang keluar dari pintu roller shutter pejabat berkenaan.

Menyedari kehadiran Polis suspek cuba melarikan diri.

Suspek yang bertindak agresif hingga menyebabkan kecederaan ringan pada seorang anggota polis ketika ditahan, akhirnya berjaya diberkas.

Turut dirampas bersama sama suspek ketika ditahan di lokasi kejadian ialah (1) pemutar skru, (1)spana, (1)alat pengumpil besi dan sebuah m/sikal yang disyaki digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah.

Manakala hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati postif jenis dadah methaphetamine.

Hasil semakan suspek mempunyai 4 rekod kes jenayah lampau dan 1 kes dadah.

Dengan penangkapan ini pihak polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah pecah rumah dan premis di sekitar daerah Sandakan.- IPD Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *