Suami Isteri Maut Kemalangan Tiga Kenderaan Di Jalan Kunak-Tawau

Kenderaan Perodua Viva yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk akibat impak pertembungan. FOTO BesTawauFm

Tawau: Suami isteri maut kemalangan semasa dalam perjalanan di Kilometer 50, Jalan Tawau-Kunak, dekat sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa Salih Amie, 53 yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva dan isteri Sarru Apay, 54, dipercayai maut di lokasi kejadian.

Toyota Hilux tersadai di tepi jalan selepas bertembung dengan Perodua Viva di KM50 Jalan Tawau-Kunak.

“Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kunak untuk memperbaharui pas lawatan mereka.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan mereka secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat mangsa secara tiba-tiba memasuki lorong bertentangan.

“Kedua-dua Mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau dan difahamkan proses bedah siasat akan dilakukan hari ini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai,” katanya.

Foto BESTAWAUfm
Toyota Hilux tersadai di tepi jalan selepas bertembung dengan Perodua Viva di KM50 Jalan Tawau-Kunak.
Toyota Hilux tersadai di tepi jalan selepas bertembung dengan Perodua Viva di KM50 Jalan Tawau-Kunak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *