Mayat Ditemui Dalam Longkang Dipercayai Di Rompak Dan Di Bunuh Di Tawau

Kita baru saja dikejutkan dengan kes rompak dan bunuh membabitkan seorang pemandu Grab Allahyarham Hanafiee Bin Jaafar di Tuaran. Belum habis lagi cerita mengenai kes tersebut, hari ini satu lagi kes dipercayai rompak dan bunuh berlaku di Dearah Tawau.

Bau busuk terungkai apabila penemuan satu mayat lelaki di longkang di bandar Fajar, Tawau, Sabah.

Melihat daripada satu perkongsian status di laman sosial facebook, ianya dipercayai perkongsian daripada abang ipar mangsa yang mengatakan, “Saya berharap pembunuh tersebut dapat dikesan dan terima balasan daripada perbuatannya yang membuat adik kandung sayang Sunarti binti Ismail menjadi balu dan meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil’

Satu lagi perkongsian di facebook mengatakan mangsa di rompak pada lewat malam dan selepas dirompak mangsa di bunuh dan mayat mangsa dibuang di longkang di bandar Fajar, Tawau.

Asslamualaikum & salam sejahtera sahabat medsos.. Terima kasih atas iringan doa dari semua & kami amat hargainya..Saya dan waris ditinggalkan berharap sgt tolong jgn ulang siar.. Share atau simpan photo arwah yg dijumpai didalam longkang.

Saya berharap jika ada saksi yg melihat kejadian sila tampil bg laporan dibalai polis tawau berdekatan.

Minta tolong sahabat baik yg berada di tawau tolong cari dan kesan kereta arwah adik ipar saya yg masih hilang kereta Proton Wira Warnamaron model lama.. Flat number *SB871*

Dan hubungi no. Tertera 01129820317 ,0138833154, Normela Ismail 0195733154 , Illa Syahkilla 0145592021..

#Alfatihah #jazakumullahkhaira

Kita berharap pihak polis dan pihak berkuasa yang terlibat dapat mengesan si pelaku dengan cepat dan mendapat balasan yang hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Kepada seluruh warga yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes di atas bolehlah terus menghubungi nombor yang tertera atau terus ke balai polis berhampiran.

keluarga mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *