Mayat Tidak Sempurna Ditemui Di Celah Batu Di Rancha-Rancha, Labuan

Mayat yang hanya tinggal tengkorak dan kedua belah kaki ditemui orang awam di Limbungan Asian Supply Base, Labuan

LABUAN: Mayat tidak sempurna yang hanya tinggal tengkorak dan kedua belah kaki dan tangan yang hampir reput dijumpai terdampar dicelah-celah batu di belakang limbungan di Rancha-Rancha dekat sini lewat petang Khamis.

Mayat yang belum dipastikan jantinanya itu dipercayai telah hanyut dilaut sejak tiga hingga empat minggu lepas.

“Mayat itu dijumpai oleh orang awam di belakang limbungan Asian Supply Base Sdn Bhd pada jam 5.50 petang sebelum menghubungi pihak polis.

“Kita tidak boleh membuat sebarang andaian disebabkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan,” Timbalan Ketua Polis Labuan timbalan penguasa Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata hari ini (Jumaat).

Katanya hasil pemeriksaan awal yang dilakukan keatas mayat mendapati tiada indikasi atau tanda-tanda kecederaan fizikal.

“Semoga kita mendapat petunjuk seterusnya setelah bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu hari ini atau esok,” katanya.

Mohd Ibrahim mengingatkan kepada penduduk setempat atau berhampiran yang ada kehilangan anggota keluarga agar tampil membuat laporan atau membantu mengenal pasti mayat berkenaan. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *