Usahawan dihukum mati merogol 25 pelajar

Zhiyong merogol 25 remaja perempuan.Agensi

BEIJING: Bekas pengarah sebuah syarikat produk tepung di Henan sudah dijatuhkan hukuman mati, semalam kerana merogol 25 remaja perempuan.

Perlaksanaan hukuman itu terhadap Zhao Zhiyong, 49, adalah perkembangan terbaru kes membabitkan lebih 30 mangsa rogol dengan empat daripadanya dari sebuah sekolah menengah di Weishi.

Zhao melakukan perbuatan terkutuk itu selama setahun setengah dan 14 mangsa berusia 14 tahun ke bawah, lapor South China Morning Post.

Mahkamah mendapati Zhao memaksa seorang wanita bernama Li Na mencari gadis bawah umur untuknya antara Jun 2015 hingga Januari 2017.

Bebebrapa mangsa didapati mencari gadis lain untuk Zhao dan kes terbabit menjadi bualan awam pada April 2017 selepas maklumat kes terbongkar di atas talian.

Pada Oktober lalu, mahkamah Kaifeng di Henan menjatuhkan hukuman mati terhadap Zhao selepas dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu.

Li turut berdepan hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *