Ribuan Penyokong Sambut Tan Sri Musa Aman Di Sandakan

SANDAKAN, SABAH – Ribuan penyokong Tan Sri Musa Aman hadir bagi menyambut ketibaan tokoh yang digelar sebagai Bapa Pembangunan Negeri Sabah.

Ketibaan Tan Sri Musa Aman seawal pagi hari ini di Lapangan Terbang Sandakan telah disambut dengan sorakan “Hidup Tan Sri Musa”.

Ini adalah kali pertama Tan Sri Musa kembali ke Sandakan selepas PRU ke-14 selepas selesai sepenuhnya menjalani rawatan kesihatan di Kuala Lumpur.

Tan Sri Musa Aman adalah ADUN Sungai Sibuga sejak tahun 1999 dan umum mengetahui beliau amat disayangi oleh penduduk yang beliau wakili.

“Kehadiran Musa ke Sandakan mengubat rindu kami terhadap beliau.”

“BAGI KAMI TAN SRI MUSA AMAN TETAP KETUA MENTERI YANG SAH DAN TIDAK ADA TOLOK BANDINGNYA DENGAN SHAFIE APDAL.”

“Musa Aman bukan sahaja telah membangunkan negeri Sabah tetapi Sandakan juga telah maju ini adalah fakta, sehingga kini Sandakan mempunyai beberapa kawasan Bandar Baharu.”

Ini adalah sebahagian komen daripada penyokong Tan Sri Musa Aman yang ditemui di Lapangan Terbang Sandakan pada pagi ini.

Menurut penganalisis politik Al-Hadi Syihab, Tan Sri Musa Aman mempunyai rekod amat cemerlang mengemudi negeri Sabah sebelum ini dan walaupun ada pihak yang cuba mempertikaikannya namun ini adalah fakta yang kita harus terima.

“Lihat sahaja kedudukan rezab negeri Sabah, sebelum mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat wang simpanan negeri Sabah hanya berada pada 180 juta sahaja dan kurang dari 10 tahun rezab negeri Sabah telah mencecah hampir 3 billion.”

“Belanjawan tahunan negeri Sabah walaupun berada pada kiraan berbillion ringgit namun sentiasa berada pada tahap “surplus” dan tidak terjejas sekalipun ekonomi menguncup akibat harga minyak dan masalah lainnya,” Al Hadi berkata lagi.

Pencapaian Tan Sri Musa adalah seperti yang berikut:

1. Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 25% pada 2002 kepada 2.9% pada 2016.

2. Rizab kewangan negeri direkodkan pada tahun 2017 berjumlah RM3.74 billion yang meningkat daripada RM184 juta pada 2012.

3. Bajet lebihan atau “surplus” dalam tempoh 4 tahun berturut bermula 2015-2018.

4. Ketibaan pelancong pada 2016 berjumlah seramai 2.74 juta orang.

5. Bayaran serendah RM1 di semua hospital kerajaan.

6. 3 Pusat Transformasi Bandar (UTC) diwujudkan di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Keningau.

7. Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR) berupaya menghasilkan 2,100 tan metrik sehari baja urea.

8. Kawasan dilindungi meliputi 1.9 juta hektar atau 26% daripada keluasan keseluruhanan negeri.

9. Sabah menjadi pengeluar terbesar minyak sawit mentah di Malaysia.

10. Jabatan Audit Negara memuji dan memberi penarafan AAA kepada kerajaan Sabah bagi pengurusan kewangan untuk tempoh 7 tahun berturut-turut sehingga 2016.

11. RM13 bilion diperuntukan untuk melaksanakan pembinaan 700km jalan di Sabah di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo dari Sindumin ke Tawau.

12. RM1 billion diperuntukkan pada Bajet 2018 untuk membaiki dan menaik taraf sekolah daif di Sabah.

13. Lebihan atau ‘surplus’ dalam akaun hasil disatukan untuk tempoh 16 tahun berturu-turut bermula 2001.

14. Sejumlah RM561 juta disalurkan untuk penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Sabah.

15. Sebanyak 19,491 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibina Jabatan Perumahan Negara dalam tempoh 10 tahun.

16. 11,416 peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian dicipta antara tahun 2013-2017.

17. 2,453 peluang pekerjaan di 2 Kelompok Perindustrian Minyak Sawit.

18. 30% atau 2.2 juta hektar akan diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya menjelang 2025.

19. 53% atau 3.9 juta kawasan tanah Sabah diubah menjadai hutan simpan, kawasan dilindungi dan kawasan perlindungan hidupan liar – Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *