Kedai Runcit & Pusat Jagaan Kanak-Kanak Musnah Dalam Kebakaran Di Lahad Datu

Kedai menempatkan pusat penjagaan kanak-kanak terbakar. FOTO BESTAWAUfm

PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK ANTARA TERJEJAS KEBAKARAN BLOK KEDAI DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 3 JUN 2019 (Isnin) – Satu blok kedai tiga pintu iaitu pusat penjagaan kanak-kanak dan kedai runcit musnah 90 peratus dalam kejadian kebakaran di sebuah ladang di Jalan Tamoi, Lahad Datu semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, selepas menerima panggilan pukul 7.06 malam, sepasukan 11 anggota diketuai PBK II Zulkifli Harry dari BBP Lahad Datu kemudian bergegas ke lokasi menggunakan sebuah jentera FRT.

Sebaik tiba, Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200 kaki dua pancutan dari sumber air tangki jentera.

Menurut kenyataan, api dikawal pada pukul 8.20 malam dan ditamatkan satu jam selepas itu. Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian.

SUMBER: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *