Seorang Maut, Dua Cedera Parah Kemalangan Dua Kenderaan Di Jalan Membakut-Beaufort

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Jalan Membakut-Beaufort. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

SEORANG MAUT, DUA CEDERA PARAH KEMALANGAN DUA KENDERAAN

MEMBAKUT: Seorang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Membakut-Beaufort di sini pagi tadi.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Mohd Hasbi Hajat berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali pasti sebagai [email protected] Sulaiman, 56 tahun dipercayai pemandu Perodua Kancil.

Anggota bomba bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa yang tersebit dalam kenderaan Perodua Kancil. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

“Mangsa yang cedera parah pula ialah George Jangki dan Rantey Jinis masing-masing berumur 53 dan 41 tahun merupakan pemandu dan penumpang Proton Saga.

“Kesemua mangsa yang terlibat dihantar ke hospital oleh orang awam manakala mangsa yang maut pada mulanya tersepit tetapi berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggalkan dunia oleh oegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keadaan Proton Saga yang terbalik akibat bertembung dengan kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Membaku-Beaufort. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

Mohd Hasbi berkata dalam kejadian itu bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.28 pagi mengenai kemalangan tersebut.

Katanya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis bertindak ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah jentera yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Nazir Che Lah bersama tujuh anggota.

Mangsa kemalangan di Jalan Membakut-Beaufort berjaya dikeluarkan anggota bomba namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

Ujarnya sejurus proses penyelamatan dilakukan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya pasukan bomba juga melakukan pemeriksaan kawasan kemalangan bagi memastikan tiada unsur bahaya lain berlaku dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *