Polis Sabah terus jejaki individu dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan

Foto Ihsan Polis Sabah

KOTA KINABALU, 30 Mei – Operasi untuk menjejaki dan mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas khususnya di Sabah sentiasa dipergiatkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengakui dalam beberapa tangkapan sebelum ini turut melibatkan individu yang berada di Sabah.

Foto Ihsan Polis Sabah

“Saya hanya boleh nyatakan “yes” dan kontinjen kita sentiasa aktif untuk menjalankan operasi bagi mengesan dan menangkap mereka yang terlibat dengan aktiviti keganasan,” katanya kepada pemberita sempena ops selamat ke-15 di Taman Awam Teluk Likas, di sini hari ini.

Omar berkata operasi itu dijalankan tanpa mengira waktu meskipun pada sambutan musim perayaan.

Foto Ihsan Polis Sabah

Mengenai ops keselamatan sempena musim perayaan ini, beliau berkata pemeriksaan terhadap pemilik syarikat pengangkutan terutama ke kawasan Pantai Timur Sabah juga akan dijalankan bagi memastikan pemandu bas berkenaan tidak terlibat dengan pengambilan dadah atau minuman memabukkan.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai yang melanggan surat khabar supaya menghentikan sementara waktu penghantaran bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *