Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Mengenai Borang Permohonan Kad Pengenalan Untuk PTI

Mohd Azis menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahifz. Gambar SNT/Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Orang ramai perlu tampil menyalurkan maklumat berkaitan isi pengedaran borang untuk mendapatkan kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata kegiatan ini dipercayai yang cuba mengaut keuntungan segera dengan mengeluarkan borang palsu untuk dijual kepada orang bagi meraih keuntungan segera.

Katanya sindiket terbabit cuba mengambil kesempatan terhadap warga asing yang sanggup membeli borang berkenaan kerana terdesak untuk mendapatkan dokumen tanpa mengetahui mereka ditipu.

“Kita minta orang ramai menyalurkan maklumat lengkap atau membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap sindiket ini dalam tempoh terdekat.

“Kita beri jaminan tidak akan berkompromi sekiranya wujud kalangan ahli parti Warisan serta ahli parti politik lain di negeri ini. Tindakan tegas akan diambil berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh sindiket ini.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Sabah di Kampung Warisan Inanam di sini petang tadi.

Mohd Azis berkata secara umum mengetahui kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat kelulusan mengeluarkan kad pengenalan kepada PTI.

“Kita cabar kepada parti pembangkang ini untuk membuktikan jumlah kelulusan kad pengenalan yang dikeluarkan kepada PTI sejak kerajaan Warisan memerintah setahun lalu disuarakan di Dewan Rakyat nanti,” katanya.

Sementara itu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Shafie Afdal berkata, pihaknya akan sentiasa memastikan semua rumah ibadah di kawasan ibu negeri akan menjadi perhatian utama kementeriannya.

Katanya pegawainya akan mengadakan lawatan ke beberapa masjid serta surau di kawasan Sepanggar bagi memastikan masalah rumah ibadah dapat berfungsi mengikut keperluan rakyat beragama Islam di kawasan berkenaan.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *