PPM Sandakan Tahan Dua Warga Filipina, Rampas 12.70 Gram Syabu

Lelaki bersama kanak-kanak warga asing ditahan berikutan penemuan dadah jenis syabu di dalam bot laju dinaiki dalam Ops Pensura di Sandakan. -Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SANDAKAN :25/5/2019 (Sabtu) – Sebanyak 12.70 gram disyaki syabu bernilai RM850.00 dirampas oleh Pasukan Polis Marin Sandakan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ‘Antara yang dirampas dalam operasi Ops Pensura bermula jam 10.00 pagi semalam iaitu syabu,telefon bimbit dan serta sebuah bot beserta satu unit enjin. Beliau menambah, operasi itu dijalankan hasil maklumat risikan oleh anggota Unit Risikan Marin(URM) PPM Sandakan.

Lelaki bersama kanak-kanak warga asing ditahan berikutan penemuan dadah jenis syabu di dalam bot laju dinaiki dalam Ops Pensura di Sandakan. -Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

“Dadah tersebut ditemukan semasa pemeriksaan dijalankan. Kesemua dadah tersebut dirampas termasuk sebuah bot laju beserta seunit enjin bertempat di tepi kawasan Sungai Tinosan Batu 7 Sandakan. Turut ditahan dua orang lelaki warganegara Filipina berusia 38 dan 12 tahun yang disyaki sebagai pemilik dadah tersebut yang sedang bergerak masuk ke sungai tersebut” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi , seramai satu pegawai dan empat anggota Polis dari Pasukan Polis Marin Sandakan terbabit dalam operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dengan kerjasama oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Sandakan bagi membantu mengesan beberapa pihak yang dipercayai masih giat dalam pengedaran dadah di daerah ini. ‘Kami percaya kegiatan itu dijalankan oleh sindiket yang menyimpan serta mengedar kepada penagih bukan sahaja di Sandakan malah beberapa daerah lain sekitarnya.

ACP Pajeri menambah, kes akan disiasat dibawah Seksyen 39(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 2 hingga 5 tahun dan juga dikenakan sebatan 3 hingga 9 sebatan. Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Sandakan untuk siasatan lanjut.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan dan pengedaran dadah yang boleh merosakkan generasi muda supaya menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *