AADK tahan enam suspek positif dadah

Antara yang ditahan AADK Beaufort dalam operasi dadah di daerah itu. – Gambar SNT/Ihsan AADK

BEAUFORT: Antidadah Kebangsaan (AADK) Beaufort menahan enam lelaki berumur 26 hingga 51 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi di tiga buah kampung di daerah ini, semalam.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Beaufort, Effanehwati Lakat berkata operasi bermula pada pukul 1.30 sehingga 3.30 pagi itu dijalankan di Kampung Pintas, Mempagar dan Limbawang.

Effanehwati berkata dalam operasi itu anggota AADK turut menahan sepasang adik beradik yang juga positif dadah.

“Ketika operasi juga, dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan apabila menyedari kehadiran AADK ke lokasi.

“Namun salah seorang daripada suspek berjaya ditangkap oleh penguatkuasa AADK,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya kesemua suspek ditahan mengikit Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) kerana disyaki positif penagih dadah dalam ujian saringan air kencing.

Katanya orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *