Warga asing dicekup bersama pelbagai jenis mercun di Lahad Datu

Sembilan kotak mercun jenis roket antara yang dirampas dalam serbuan pada Rabu – Foto BES TAWAUfm

LAHAD DATU: Seorang warga asing dicekup selepas disyaki memiliki pelbagai mercun dalam satu kejadian di Kampung Sharif, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam, suspek warga Indonesia itu diberkas bersama pelbagai jenis mercun.

Sembilan kotak mercun jenis roket antara yang dirampas dalam serbuan pada Rabu – Foto BES TAWAUfm

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, serbuan yang dijalankan ke atas sebuah kedai telah menemui pelbagai barangan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan berjaya menemui, antaranya, 13 kotak bunga api jenis api jenama Glow Of Sunset, sembilan kotak mercun jenis roket jenama Whistling Moon Travellers, 1 kotak mercun (12 batang) jenis roket jenama Whistling Moon Travellers, 27 bunga api warna-warni jenama Glow Of Sunset dan 21 papan bunga api jenis Happy Boom.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,333,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.  – Awani Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *