Polis Dan DBKK Keluar 463 Saman Kenderaan Halangan Lalu Lintas

Polis trafik mengeluarkan saman salah sebuah kenderaan yang meletakkan kenderaan secara salah. Gambar SNT/Ihsan Polis

KOTA KINABALU: Sebanyak 196 keping saman dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu terhadap kereta yang menghalang lalu lintas sekitar bandaraya dalam tempoh 15 hari bermula 7 Mei lalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata berkata Ops Halangan telah diadakan sebanyak 14 kali sejak dilancarkan.

Penguatkuasa DBKK menyaman kenderaan yang meletakkan kenderaan di bahu jalan. Gambar SNT/Ihsan Polis

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut mengeluarkan 267 saman.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, kesemua saman yang dikeluarkan itu berkaitan dengan kesalahan tempat letak kereta yang menghalang lalu lintas atau meletakkan kenderaan secara ‘double park’.

Saman yang dikeluarkan itu juga adalah sejak 7 Mei 2018 sehingga 22 Mei ini yang mana operasi itu dijalankan di beberapa jalan di dalam dan pinggiran bandaraya Kota Kinabalu.

Jalan raya yang menjadi tumpuan dalam Ops Halangan adalah Jalan Tun Fuad Stephen iaitu dari Oceanus menuju ke Pasar Buah, Jalan Segama hingga Hotel Hyatt, Jalan Wisma Sabah hingga ke Jalan Wisma Merdeka, Jalan Sembulan dan Jalan Teluk Likas hingga Jalan Tun Fuad Stephen.

Habibi berkata operasi yang dijalankan ini adalah memastikan kenderaan dan aliran lalu lintas di Kota Kinabalu berjalan dengan lancar serta ianya juga dapat mengurangkan rungutan masyarakat mengenai kesesakan lalu lintas.

Salah satunya penyumbang adalah sikap pengguna jalan raya yang suka meletakkan kenderaan secara ‘double park’ atau ‘triple park’ yang mana menghalang lalu lintas di laluan jalan utama sama ada di pusat bandaraya mahupun pinggir kawasan bandaraya. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *