Suspek Bunuh Warga Tua Di Sekitar Pekan Kundasang Diberkas

SUSPEK BUNUH WARGA TUA DIBERKAS

RANAU: Polis berjaya memberkas suspek kes bunuh seorang warga tua di sekitar pekan Kundasang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Mohd Shahrul Abdul Whab berkata suspek berusia 42, berasal dari Kampung Bundu Tuhan Ranau ditahan oleh sepasukan polis D9 Ibu pejabat Polis Kepayan (IPK) dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Balai Polis Dearah Ranau.

DSP Mohd Shahrul Abdul Wahab. Gambar Fail SNT

Beliau berkata suspek dan tiga lagi yang ditahan semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu akan direman esok.

Kesemua suspek mempunyai pertalian saudara dengan mangsa.

“Polis telah mengambil beberapa tindakan termasuk merakam percakapan pengadu dan saksi kejadian, melawat tempat kejadian dan rakam gambar berkaitan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, mayat mangsa iaitu Sipaul Yunseh berusia 59 tahun ditemui jirannya di dalam sebuah longkang yang terletak kira-kira 60 meter dari rumah mangsa.

Menurut Mohd Shahrul berdasarkan laporan hasil siasatan awal terdapat kesan darah dan kaca pecah di sekeliling rumah mangsa.

Tambah beliau lagi dipercayai berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek berdasarkan luka dan kesan lebam pada bahagian badan termasuk mata, pipi kanan, telinga, tangan dan pendarahan di kepala mangsa.

Jelas beliau bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) Kota Kinabalu, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SabahNewsToday

658