JHL rampas 220 ekor buaya cuba diseludup ke Sabah

Sebahagian daripada 220 ekor buaya berjaya dirampas di kawasan hutan bakau Kampung Pasir Putih di Tawau selepas disyaki diseludup masuk dari negara jiran. – Ihsan Jabatan Hidupan Liar

TAWAU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menggagalkan cubaan empat lelaki menyeludup masuk 220 ekor buaya dari negara jiran melalui kawasan hutan bakau Kampung Pasir Putih, dekat sini, pagi tadi.

Pegawai JHL Bahagian Tawau, Sailun Aris, berkata suspek membabitkan dua warga tempatan dan dua warga Indonesia berusia antara 55 hingga 61 tahun, ditahan.

Sebahagian daripada 220 ekor buaya berjaya dirampas di kawasan hutan bakau Kampung Pasir Putih di Tawau selepas disyaki diseludup masuk dari negara jiran. – Ihsan Jabatan Hidupan Liar

Katanya, operasi khas dilakukan kira-kira jam 10.30 pagi di kawasan terbabit susulan risikan dan maklumat yang diterima mengenai kegiatan berkenaan.

“Dalam operasi ini, kita merampas 215 ekor buaya hidup dan lima ekor buaya lagi yang sudah mati disimpan dalam guni.

“Siasatan awal mendapati kesemua haiwan disyaki diseludup masuk menggunakan bot dari Indonesia.

Sebahagian daripada 220 ekor buaya berjaya dirampas di kawasan hutan bakau Kampung Pasir Putih di Tawau selepas disyaki diseludup masuk dari negara jiran. – Ihsan Jabatan Hidupan Liar

“Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengesan sindiket yang mendalangi kegiatan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sailun berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kegiatan itu didalangi individu atau sindiket yang menjalankan urus niaga penyeludupan haiwan eksotik untuk dijual dan dipasarkan di daerah ini.

Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. – Berita Harian

Sebahagian daripada 220 ekor buaya berjaya dirampas di kawasan hutan bakau Kampung Pasir Putih di Tawau selepas disyaki diseludup masuk dari negara jiran. – Ihsan Jabatan Hidupan Liar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *