Kepala putus dibaham buaya

Mayat Stephen yang dipercayai dibaham buaya di sebuah kolam di Felda Sahabat. FOTO Ihsan Pembaca

MAYAT lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemui di kolam di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu, semalam.

Mayat, Stephen Tolok, 30-an, ditemui pengurus ladang kira-kira 5 petang, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mayat Stephen yang dipercayai dibaham buaya di sebuah kolam di Felda Sahabat. FOTO Ihsan Pembaca

Difahamkan, mangsa yang baru pulang kerja bersama rakannya singgah ke kolam di ladang berkenaan untuk menjala ikan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika menjala ikan, rakan mangsa tersangkut dalam air dan kerana ingin membantu rakannya, mangsa turun ke dalam air dan tiba-tiba disambar buaya.

“Rakan mangsa turut ditarik sejauh tiga meter bersama mangsa kerana tali jala terikat pada tangannya.

“Namun, rakan mangsa bertindak memotong tali yang terikat pada tangannya tetapi tidak mampu membantu mangsa yang diheret masuk ke dalam kolam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

LOKASI kejadian Stephen disyaki dibaham buaya. FOTO Ihsan Pembaca

Menurutnya, mayat mangsa kemudian ditemui pihak pengurusan ladang dengan bantuan JBPM.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut dibedah siasat,” katanya. – Harian Metro

Mayat Stephen yang dipercayai dibaham buaya di sebuah kolam di Felda Sahabat. FOTO Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *