Bot Terbalik, Gelen Selamatkan Nyawa Dua Pemancing Di Tawau

DUA JAM BERPAUT PADA TONG GELEN, DUA PEMANCING DIKHUATIRI LEMAS DITEMUI SELAMAT

GAMBAR BES TAWAUfm

TAWAU; 16 MEI 2019 (Khamis) – Hampir dua jam berpaut pada tong gelen selepas dikhuatiri lemas semasa keluar memancing, 
dua lelaki berjaya diselamatkan di sekitar perairan Batu 4, Tawau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang kelmarin, tiga pemancing berumur 17 hingga 46 tahun dipercayai terjatuh ke laut berikutan bot yang dinaiki telah terbalik dipukul ombak kuat semasa memancing di perairan Sungai Tawau.

Kedua-dua mangsa selamat ditemui oleh org awam dua jam kemudian dengan berpaut pada tong gelen. Gambar SNT / Ihsan APMM Tawau

Bagaimanapun, seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke kawasan pantai berhampiran sementara dua lelaki dilaporkan hilang, dikhuatiri lemas.

Timbalan Pengarah Zon Operasi, Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin dalam kenyataan media berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan kejadian itu, 
sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi segera digerakkan ke lokasi untuk melakukan pencarian.

Bot yang dinaiki tiga mangsa dipukul ombak ketika sedang memancing di perairan Sungai Tawau semalam.

Katanya, kira-kira pukul 7.19 malam, kedua-dua mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat diperairan Batu 4 dengan berpaut pada tong gelen sebelum dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dan seterusnya dibawa ke Hospital Tawau bagi menerima rawatan.

Dalam pada itu, Komander Maritim Mohd Yusri menasihati agar Masyarakat sentiasa peka dengan perubahan semasa cuaca ketika keluar ke laut serta memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *