Suami bunuh, sumbat mayat isteri dalam tong drum sebelum dibakar

Seorang wanita mati dibunuh dan mayatnya dibakar oleh suaminya sendiri kerana berang mangsa menegur dia pulang lewat malam selepas bermain bola. 

Dalam kejadian 8 Mei lalu, suspek, Luong Hoang Vu, 32, sebelum itu pergi bermain bola dengan rakannya sehingga lewat malam.

Isterinya, Hong, 26, menyambut kepulangan Vu dengan memarahinya dan sesekali melemparkan caci maki yang turut menghina mentuanya.

Berang dengan kata-kata mangsa, Vu memukul isterinya, namun pukulan itu dibalas semula.

Apabila Hong pergi ke dapur, Vu memukul belakang leher mangsa dengan objek keras sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Vu kemudian membawa mayat isterinya ke bilik mandi untuk dibersihkan sebelum dibungkus dengan kain kanvas dan diikat dengan ketat.

9 Mei pagi, Vu pergi membeli 10 liter minyak. Pada waktu tengah hari, Vu memindahkan mayat isterinya ke dalam tong drum yang digunakan untuk memanggang daging.

Vu kembali semula ke rumah untuk mengejutkan dua orang anak perempuannya dan membawa mereka keluar bermain.

Namun terlebih dulu, Vu singgah sebentar di gudang milik keluarganya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka, untuk menuang minyak lalu membakar mayat isterinya. 

Vu kemudian membawa anaknya pergi berenang seperti tiada apa yang mencurigakan berlaku.

Kehilangan Hong itu disedari oleh keluarganya pada 10 Mei, selepas Vu bersikap mencurigakan dan berkata dia tidak tahu di mana isterinya berada.

Bertindak di atas laporan itu, polis datang ke rumah pasangan berkenaan untuk membuat pemeriksaan tetapi pintu rumah mereka berkunci.

Setelah disiasat, gudang milik keluarga Vu diserbu dan pihak polis menemui mayat mangsa yang dibakar sudah hampir menjadi abu dalam tong drum. 

Susulan penemuan itu, polis daerah telah meminta bantuan polis negeri untuk menahan suspek untuk membantu siasatan. 

Sumber: Vietnam Net / www.thereporter.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *