Lelaki melecur di muka dan bahu

Sumber /Foto :Bomba Negeri

BEAUFORT: Seorang lelaki melecur di muka dan bahu kanan ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Bambangan, Jalan Lumantak, Membakut, di sini, musnah terbakar, semalam.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, Hafimi Misran, 20-an, sempat keluar dari rumah bersama ahli keluarganya sebaik menyedari kediaman mereka terbakar.

Sumber /Foto :Bomba Negeri

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran membabitkan rumah dua tingkat, pada jam 11.41 malam.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera diketuai Penolong Kanan Bomba II, Hazizul Abdul Mujun dikerah ke lokasi bagi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah sepenuhnya.

“Terdapat seorang mangsa lelaki melecur di bahagian muka, bahu kanan dan dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasbullah berkata, api dapat kawal pada jam 12.37 tengah malam dan tamat sepenuhnya sejam kemudian.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *