
MENGGUNAKAN PERANGKAP KHAS YANG DIPASANG JABATAN HIDUPAN LIAR (JHL) TAWAU
SEMPORNA; 13 MEI 2019 (Isnin) – Seekor buaya dengan anggaran berat 500 kilogram dan 14 kaki panjang berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Hidupan Liar (JHL) di sungai Pang Burung Jalan Semporna, 8.30 pagi tadi.

Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris dalam kenyataan berkata buaya yang ditangkap itu juga dipercayai buaya yang sama menyerang seorang pekerja ladang lelaki di tebing Sungai kecil Pang Burung berkenaan, bulan lepas.
katanya, perangkap itu dipasang selepas pihaknya menerima laporan serangan reptilia berkenaan di sungai terbabit.
Dalam kejadian 22 April kira-kira pukul 7 pagi, mangsa berumur 60 tahun warga Indonesia berkenaan dipercayai tidak pulang ke rumah selepas keluar ke sebatang anak sungai di kawasan itu sejak pukul 7 pagi untuk mengambil sayur.
Bagaimanapun, mayat mangsa kemudian ditemui keesokan hari di anak sungai berhampiran dipercayai dibaham buaya.
Sumber : #BESTAWAUfm

