Rumah terbakar ketika sediakan hidangan berbuka puasa

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Limbawan, Jalan Durok, Keningau. – Foto ihsan Bomba

KENINGAU: Empat keluarga di Kampung Limbawan, Jalan Durok, dekat sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang membabitkan empat kediaman itu, beberapa penghuni terbabit dikata sedang menyediakan hidangan berbuka puasa sebelum bergegas keluar menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran, berkata sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang, seramai 18 anggota bersama tiga jentera dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Tony Sipin, berkejar ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi, empat rumah didapati sedang terbakar dan anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk memadamkan api.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Limbawan, Jalan Durok, Keningau. – Foto ihsan Bomba

“Kebakaran membabitkan empat rumah, termasuk dua kediaman dua tingkat yang terbakar 90 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 5.58 petang, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – Berita Harian

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Limbawan, Jalan Durok, Keningau. – Foto ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *