RON97 turun 10 sen, RON95, diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM2.70 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kenyataan Kementerian Kewangan menyebut harga runcit produk petroleum itu adalah bagi 11 hingga 17 Mei ini.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.40 dan RM2.45 seliter.

“Anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 11 hingga 17 Mei adalah RM103.76 juta,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *