
UNDUK NGADAU … Tiga orang gadis dipilih sebagai Ratu Unduk Ngadau bagi Sulaman, Tamparuli dan Kiulu sempena Pesta Kaamatan peringkat Tuaran di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli hari ini.
Queenelisi Ligadu (Sulaman), Skye Judith Harding (Tamparuli) dan Elvira Satebon (Kiulu) akan bertanding di peringkat akhir pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2019 di Hongkod Koisaan, KDCA hujung bulan ini.
Ketiga-tiga mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, tiara, piala dan juga hadiah tajaan.-SabahNewsToday