‘Cuci pulau daripada aktiviti dadah’

SUSPEK (kanan) positif dadah ditahan untuk siasatan lanjut. FOTO Pasukan Polis Marin W4 Sabah

PASUKAN Polis Marin (PPM) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Kinabalu menjalankan Operasi Intra Agensi di pulau peranginan sekitar daerah ini bagi mengesan aktiviti jenayah serta penyalahgunaan dadah.

Operasi dijalankan 1 tengah hari semalam, membabitkan tiga pulau peranginan iaitu Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik terletak sekitar perairan Kota Kinabalu.

FOTO Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, 46 pekerja lelaki di tiga pulau berkenaan berusia 20 hingga 50 tahun diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

“Seorang lelaki berusia 20 tahun bekerja sebagai penyelam didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek kemudian ditahan dan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap pekerja pusat peranginan, pemandu bot pelancong dan penyelam. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *