Gerai Pameran Karnival Pendidikan Dan Kerjaya Rosak Teruk Ditiup Angin Kencang

Gerai pameran Karnival Pendidikan dan Kerjaya Negeri Sabah 2019 rosak teruk dilanda angin kencang. – Gambar Ihsan media sosial

KOTA KINABALU: Beberapa gerai pameran sempena penganjuran Karnival Pendidikan dan Kerjaya Negeri Sabah 2019 mengalami kerosakkan teruk selepas ditiup angin kencang, dekat sini petang tadi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu.

Gerai pameran Karnival Pendidikan dan Kerjaya Negeri Sabah 2019 rosak teruk dilanda angin kencang. – Gambar Ihsan media sosial

Gambar berkaitan kejadian berkenaan mula viral di laman sosial selepas dimuatnaik pengguna.

Bertempat di perkarangan Menara Tun Mustapha, karnival berkenaan memasuki hari kedua penganjuran sejak dilancarkan semalam dan berakhir pada Ahad ini (esok).

Terdapat kira-kira 180 gerai terdiri daripada pelbagai agensi dan gerai usahawan sepanjang tiga hari karnival terbabit.

Antara aktiviti menarik termasuk pameran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), pameran agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), kaunter pembelian pin dan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri serta Biasiswa Yayasan Sabah dan uji bakat pemberita, penyanyi dan pelakon oleh RTM. – SabahNewsToday

Gerai pameran Karnival Pendidikan dan Kerjaya Negeri Sabah 2019 rosak teruk dilanda angin kencang. – Gambar Ihsan media sosial
Gerai pameran Karnival Pendidikan dan Kerjaya Negeri Sabah 2019 rosak teruk dilanda angin kencang. – Gambar Ihsan media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *