Kerajaan Sabah Lulus Peruntukan RM700,000 Untuk Penduduk Paitan

OBELURAN: Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan berjumlah RM 700,000 bagi pembinaan klinik kesihatan, rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kemudahan tambahan asrama sekolah di Kampung (Kg) Matanggal, Paitan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, daripada jumlah itu RM100,000 akan diperuntukkan untuk membina klinik kesihatan dan RM 100,000 lagi untuk kemudahan tambahan asrama sekolah Kebangsaan (SK) Matanggal. Manakala RM 500,000 untuk pembinaan rumah PPRT.

Dengan itu, beliau mengingatkan Pegawai Daerah agar berhubung dengan Kementerian Kewangan Negeri bagi memastikan peruntukan itu berkenaan secepatnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas kepada pemintaan wakil penduduk kampung agar kerajaan baharu membantu dalam pembinaan klinik kesihatan dan perumahan di kampung yang mempunyai 450 orang penduduk ini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Asrama Pelajar, Bekalan Paip Graviti, Bekalan Elektrik Solar Hibrid, Pecah Tanah Klinik Kesihatan, Pengoperasian Rangkaian SKMM dan Projek CSR Mahkamah Bergerak, di Kg Matanggal, di sini pada Selasa.

Proses pembinaan asrama dan klinik kesihatan ini merupakan inisiatif yang diusahakan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dengan kerjasama syarikat swasta.

Dalam pembinaan rumah PPRT pula, beliau mahu agar pembinaannya dilakukan berdasaran konsep gotong-royong tanpa melibatkan kontraktor.

Pembinaan rumah PPRT ini akan membabitkan pembinaan 20 buah rumah yang akan diperuntukkan kepada isi rumah yang benar-benar daif dan memerlukan.

Bagi kemudahan tambahan asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Matanggal, peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi membina dapur asrama, ruang makan serta ruang belajar belajar. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *