Jambatan Baharu Bernilai RM60,000 Menjelang Aidilfitri Di Block 6, Kampung Titingan

Gambar Pusat Khidmat Parlimen Tawau

PENDUDUK BLOK 6, KAMPUNG TITINGAN BAKAL MILIKI JAMBATAN BAHARU BERNILAI LEBIH 60-RIBU RINGGIT MENJELANG AIDILFITRI

TAWAU – Penduduk Blok 6 Kampung Titingan bakal menerima manfaat pembinaan semula jambatan sepanjang 85 meter dengan kos sebanyak 67-ribu ringgit yang dijangka siap sepenuhnya sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, pembinaan semula jambatan itu penting bagi menggantikan jambatan asal yang usang dan kurang selamat untuk digunakan oleh penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan dan lawatan bagi pembinaan semula dan membaiki jambatan di Blok 5 dan 6 Kampung Titingan.

Sementara itu, berkenaan Jambatan di Blok 5, Datuk Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, jurutera dari Majlis Perbandaran Tawau juga telah dipanggil untuk membuat penilaian serta mengukur jambatan berkenaan dan berharap ia juga dapat dibaiki dalam masa yang terdekat.

Pada masa yang sama, Datuk Christina turut menyantuni dua penduduk kampung di Kampung Titingan yang menghidapi strok iaitu Rahmah Talib dan Patahuddin Mentak yang masing-masing berumur 50 dan 60 tahun.

Jelasnya, lawatan itu penting bagi memberi sokongan sosial dan emosi kepada pesakit agar mereka berjuang meneruskan kehidupan selain mendapat perhatian, sokongan berterusan dan kasih sayang dari keluarga masing-masing.

Katanya, pihaknya di Parlimen Tawau komited mengesan golongan-golongan yang memerlukan bantuan agar mereka tidak rasa dipinggirkan dan mendapat sumbangan yang selayaknya.

Sumber : #BESTAWAUfm

Gambar Pusat Khidmat Parlimen Tawau
Gambar Pusat Khidmat Parlimen Tawau
Gambar Pusat Khidmat Parlimen Tawau
Gambar Pusat Khidmat Parlimen Tawau
Gambar Pusat Khidmat Parlimen Tawau
235