Terhidu Gas Toksid, Lelaki Warga Indonesia Meninggal Dunia

Pasukan Hazmat Bomba melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti jenis gas toksid di lokasi kejadian

OKOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Indonesia meninggal dunia akibat terhidu bau gas toksid ketika membuka tong simpanan ikan dalam kejadian di Jalan Lubok Poring-Company Kaya Shipyard Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Mangsa, Hasri La Ridi, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Eni, 31, juga warga Indonesia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Manakala, mangsa yang kritkal dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Likas pada 12.03 tengahari berhubung kejadian itu.

Tong simpanan ikan lama yang mempunyai gas toksid

Pasukan Hazmat JBPM Kota Kinabalu kemudian dikerahkan ke lokasi dengan menaiki tiga buah jentera.

Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, dua mangsa dilaporkan pengsan setelah terhidu gas toksid semasa membuka tong simpanan ikan yang lama.

Pasukan Hazmat yang menjalankan operasi bagi mengenalpasti jenis gas beracun itu mendapati tidak terdapat sebarang tanda gas amonia di tong simpanan berkenaan. Setakat ini jenis gas belum dapat dikenalpasti. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *