Pandu Laju, Disyaki Punca Vigo Terbabas

Toyota Vigo dipandu warga emas yang terbalik ini turut menghadang kelancaran lalulintas dan menyebabkan kesesakan jalan selama kira-kira 30 minit sebelum dialihkan. – Gambar BES TAWAUfm

TAWAU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas, terbalik dan terlanggar tiang lampu di bulatan Jalan Bunga Raya/ Jalan Chong Thien Vun di sini, kira-kira jam 11.30 pagi hari ini, disyaki gara-gara pemandunya memandu laju.

Mujur, pemandunya, seorang peniaga yang juga lelaki warga emas berumur 63 tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Noor Azizulkifli Mansor berkata siasatan awal menunjukkan pemandu berkenaan tidak disyaki mabuk atau dipengaruhi alkohol.

“Siasatan awal polis, pemandu dalam perjalanan menuju ke Pasaraya Giant dari arah Fujimart sebelum hilang kawalan pemanduan ketika melintasi kawasan bulatan,” katanya.

Noor Azizulkifli berkata kemalangan itu mengakibatkan kenderaan pemandu terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sebelah kanan dan tepi sebelah kiri.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati kemalangan itu berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri yang disyaki memandu laju sehingga hilang kawalan.

“Polis masih lagi meneruskan siasatan kes ini dan dijalankan mengikut peruntukan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN 166/ 59,” katanya. -Utusan Borneo

277