Tiga Pasang Suami Isteri Antara Ditahan AADK Beaufort

BEAUFORT: Tiga pasangan suami isteri antara 23 individu ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi pada Selasa.

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata salah seorang isteri yang ditahan didapati sedang mengandung lima bulan.

Salah satu pasangan suami isteri yang ditahan. Gambar SNT/Ihsan AADK

Ketika operasi juga, seorang suspek berjaya melarikan diri ke paya hutan dalam keadaan bogel kerana kain sarungnya tertanggal ketika meloloskan diri dari pihak berkuasa.

Manakala, empat orang suspek yang berjaya ditahan AADK didapati bekas Orang Kena Pengawasan (OKP).

Kesemua tangkapan yang dibuat tersebut berumur antara 20 hingga 53 tahun.

Dua puluh tiga orang suspek berkenaan ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) kerana disyaki positif penagih dadah dalam ujian saringan air kencing.

Antara 23 individu berjaya ditahan dalam operasi berkenaan. Gambar SNT/Ihsan AADK

Dalam pada itu, AADK Beaufort membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Beaufort sebagai tindakan lanjut.

Sementara itu, operasi yang dijalankan bermula pukul 1 pagi hingga 4.30 pagi itu melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Weston, Kampun Lumadan dan Kampung Balibata.

Effanehwati menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *