Serap Penjawat Awam Berstatus Kontrak Ke Jawatan Tetap Sekiranya Ada Kekosongan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bakal menyerap penjawat awam berstatus kontrak dalam jabatan kerajaan sekiranya mempunyai kekosongan bagi membantu golongan berkenaan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah itu bukan sahaja boleh membantu penjawat awam tetapi secara tidak langsung kerajaan mampu terus menjaga kualiti perkhidmatan menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan orang ramai semasa ketibaan di Dewan Undangan Negeri. Gambar SNT/Ihsan JKM

“Kerajaan kini bukan hanya memandang kelulusan seorang penjawatan awam malahan pengalaman serta pengetahuan juga diambil kira.

“Mungkin ada pekerja baharu memiliki kelulusan tetapi mengambil masa lama untuk mengetahui, mempelajari dan mendalami sesuatu bidang pekerjaan. Oleh itu, keutamaan bagi mengisi kekosongan jawatan tetap pasti diberikan kepada mereka kerena golongan ini dilihat lengkap dari pelbagai sudut.

“Sekiranya dasar ini dapat dijayakan dengan baik, maka kita akan dapat meningkatkan kecekapan daripada penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dwan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri, di Dwan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata Sabah kini mempunyai hampir 25,000 penjawat awam diperingkat negeri malahan sudah disi oleh 21,000 penjawat awam yang ada manakala 4,000 jawatan lagi masih kosong.

Bagaimanapun, beliau berkata kekosongan berkenaan akan disi sekiranya terdapat sebarang keperluan mendesak dan sekiranya tiada keperluan, kerajaan hanya akan merombak semula perkhidmatan awam sedia ada.

Sementara itu, Mohd Shafie menyatakan pertambahan perjawatan dalam perkhidmatan awam harus selaras dengan fungsi dan skop tanggungjawab semasa semua agensi untuk mengelakkan perbelanjaan emolumen tidak melebihi lima peratus setahun.

“Pengurusan dalam kalangan tenaga manusia ini perlu dibuat tanpa meningkatkan kos namun perlu menstabilkan penggunaan teknologi kini untuk mengelakkan berlakunya masalah pengangguran dan masalah sosial,” katanya. -SabahNews Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *