Ketepikan Perbezaan Politik Demi Merealisasikan Hak-Hak Sabah

KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkan dan Kerajaan Sabah perlu mengenepikan perbezaan politik dan bekerjasama dalam merealisasikan hak-hak negeri itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata Sabah dan Sarawak masih boleh maju ke hadapan dan bebas daripada genggaman kebergantungan dan kolonisma jika memahami perjuangan dan bersatu demi keadilan untuk kedua negeri tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan Datuk Dr Jefrey Kitingan sebelum persidangan bermula siang tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Walaupun ada kelemahan dan kekurangan yang diakibatkan oleh MA63, aspirasi kita untuk merdeka dan autonomi seperti yang terkandung dalam Memorandum 20 Perkara/18 Perkara, kebanyakannya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak dilaksanakan dan ditunaikan.

“Inilah sepatutnya dan seharusnya menjadi fokus dan tumpuan kita khas dalam dewan yang mulia ini,” katanya ketika menyampaikan usul perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Jeffrey berkata Sabah perlu tegas dalam menuntut hak-hak (Sabah dan Sarawak) dilaksanakan dan ditunaikan.

Menurut beliau lagi hak-hak Sabah dan Sarawak telah diabaikan selama 56 tahun disebabkan ketidaksefahaman dan sikap tidak peduli segelintir pemimpin.

Akibatnya Jeffrey berkata Sabah kehilangan hasil bersih 40 peratus atau sebanyak sekurang-kurangnya RM20 bilion setahun, sumber minyak dan gas bernilai RM25 hingga RM30 bilion setahun.

“Justeru, kita perlu menggunakan Artikel VIII dalam MA63. Kerajaan Sabah boleh dan berhak membuat keputusan untuk melaksanakan janji, Akujanji dan syor yang dipersetujui semasa proses pembentukan Malaysia,” katanya.

Jeffrey turut mencadangkan kerajaan Sabah agar melakukan tindakan tersebut dan membawa usul itu untuk disokong oleh Dun.

Ini kerana katanya usul seperti royalti 20 peratus, hasil bersih 40 peratus dan status sama taraf dengan Persekutuan Malaysia dan menuntut persetujuan perwakilan Dun.

Tambah beliau bermacam pandangan, fitnah dan tohmanah ditimbulkan oleh cadangan pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini yang dibaca kali kedua di Parlimen pada 9 April lalu.

Hakikatnya suka atau tidak, katanya cadangan pindaan tersebut tidak membawa status sama taraf di antara Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *