Richard Malanjum bersara hari ini

KETUA Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara selepas mencapai usia bersara wajib iaitu 66 tahun enam bulan.

PUTRAJAYA: Tan Sri Richard Malanjum hari ini menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara selepas mencapai usia bersara wajib iaitu 66 tahun enam bulan.

Beliau yang akan mencapai usia 67 tahun pada 13 Oktober ini, menjawat jawatan berkenaan selama sembilan bulan.

Tempoh perkhidmatan beliau sebelum ini dilanjutkan selama enam bulan, seperti yang dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Julai 2018.

Beliau yang sebelum itu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif, yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau sudah mempunyai calon pengganti dan akan mengumumkannya kelak. – Berita Harian

149