‘Anak cakap bapanya masih hidup’

Nadin Junianti bersama dua anaknya. FOTO Poliana Ronnie SidomPoliana Ronnie Sidom dan Hazsyah Abdul [email protected]

“ANAK cakap bapanya masih hidup walaupun beberapa kali dimaklumkan sudah meninggal dunia,” kata Nadin Junianti Najiri, 25.

Nadin Juniati adalah isteri kepada Jari Abdullah, nelayan yang meninggal dunia hari ini selepas terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf, di Pulau Simusa, Sulu.

Dalam nada sedih Nadin Junianti berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian suaminya tengah hari tadi.

“Saya reda dengan kematian suami, cuma tidak dapat menerima kenyataan apabila anak lelaki yang berusia lima tahun sering memanggil bapanya (hingga sekarang).

“Lebih menyedihkan dia turut memaklumkan bapanya masih hidup, walaupun sudah maklumkan sudah tiada (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia dimaklumkan kerajaan Malaysia dan Filipina sedang menguruskan kepulangan jenazah ke Sandakan.

“Saya tidak tahu bila mereka akan balik, dan saya cuma menunggu kepulangan (jenazah) suami,” katanya.

Jari, 34, yang diculik kumpulan Abu Sayyaf, 6 Disember lalu, bersama dua lagi rakannya warga Indonesia, meninggal dunia di hospital swasta di bandar Zamboanga, di selatan Filipina, tengah hari tadi.

Dia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir disisi ibunya, Zuana Laudianto, 54, jam 1.30 tengah hari.

Pada 4 April lalu, difahamkan Jari parah selepas terkena tembakan di kepala dan dada ketika menyelamatkan diri.

Mangsa terbabit kemudiannya ditemui pasukan keselamatan Filipina sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut sejak lima hari lalu. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *