3 Maut Kenderaan Bertembung Di Lahad Datu

Foto Ihsan Pembaca

LAHAD DATU, 4 April – Tiga beranak maut dalam kemalangan selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Sandau, Jalan Sandau, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa lelaki dipercayai dikenali sebagai Chung Sau Sah, 39, Chong Soo San, 47, dan Chong Yee Sa,16 tahun.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan (MERS999) pada 6.18 pagi.

Menurut kenyataan itu, dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dan pegawai respons ke lokasi kejadian.

“Pihak ambulans mengesahkan tiga mangsa yang menaiki kereta Toyota Vios meninggal dunia manakala pemandu Toyota Vigo tidak mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pasukan bomba menamatkan operasi pada pukul 7.35 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
310