‘Sakura’ Di Bumi Tawau

Pokok ‘Sakura’ menghiasi jalan Persisiran Tawau – Foto Facebook

TAWAU : Biarpun dilanda cuaca panas sejak beberapa bulan lalu, keadaan itu sedikit terubat sebaik melihat deretan bunga Bunga ‘Tecoma’ mirip bunga Sakura di Jepun tumbuh lebat di beberapa laluan sepanjang jalan Persisiran Tawau (Highway Tawau) sehingga menarik perhatian ramai.

Kebiasaannya, sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) berasal dari Amerika Selatan itu sinonim dengan negara Jepun selain negara empat musim lain.

Bagaimanapun, bunga berwarna merah jambu dan putih ini boleh dilihat tumbuh dengan subur di beberapa kawasan di sepanjang jalan Persisiran Tawau berkenaan selain beberapa lokasi sekitar bandar ini.

Antara pengunjung yang hadir di sini berkata, “kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan memandangkan musim bunga ‘sakura’ ini hanya berlaku dua tahun sekali”

Kehadiran landskap unik itu menjadikan kawasan Bandar Tawau bertukar wajah seakan musim bunga sakura di Jepun.

“Secara tidak langsung keadaan ini dapat menyejukkan mata mereka yang melalui sepanjang jalan Persisiran Tawau ini.

Pokok ‘Sakura’ menghiasi jalan Persisiran Tawau – Foto Facebook
Foto facebook
Pokok ‘Sakura’ menghiasi jalan Persisiran Tawau – Foto Facebook
Orang ramai mengambil peluang bergambar dengan pokok sakura yang berbunga lebat di beberapa lokasi di Tawau – Foto Facebook

42