PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. – Foto Abdul Rahemang

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan tiga pegawai kanannya berkuat kuasa 29 April ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran itu membabitkan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus.

“Beliau akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Turut bertukar jawatan adalah Timbalan Ketua Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Jabatan Perdana Menteri, Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim.

“Beliau akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Komander Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ulu Kinta, Perak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pertukaran terakhir membabitkan Asisten Superintendan (D7B) Pengawasan, JSJ Perak, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim.

“Beliau ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Perak.

“Semua arahan pertukaran berkenaan berkuat kuasa mulai 29 April ini,” kata Asmawati. – Berita Harian

35