Dua Wanita Parah Kenderaan Bertembung Di Merotai

Keadaan kereta Proton Saga selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Jalan Merotai-Tawau – Foto Facebook BESTAWAUfm

WARGA EMAS ANTARA DUA WANITA PARAH, DUA MOTOKAR BERTEMBUNG

TAWAU; 30 MARCH 2019 (Sabtu) – Dua wanita termasuk seorang warga emas mengalami kecederaan parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kampung Jagung Jalan Merotai Tawau, petang Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, seorang jururawat berumur 33 tahun mengalami retak tulang belakang sementara warga emas berumur 55 tahun retak tulang tangan Kiri selain kecederaan pada tulang pinggul.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas Motokar yang dipandu jururawat berkenaan dalam perjalanan dari Bombalai telah hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah motokar lain.

Akibat perlanggaran, pemandu kenderaan berumur 65 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala wanita warga emas yang juga penumpang cedera.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : BESTAWAUfm

Keadaan kereta Proton Saga selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Jalan Merotai-Tawau – Foto Facebook BESTAWAUfm
Keadaan kereta Proton Saga selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Jalan Merotai-Tawau – Foto Facebook BESTAWAUfm
Keadaan kereta Proton Saga selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Jalan Merotai-Tawau – Foto Facebook BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *