Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah, pagi tadi menyertai kegiatan mendaki bukit di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan, dekat sini, sebelum dipercayai diserang sakit jantung dan dibawa ke hospital.

Tien Fatt memenangi Parlimen Sandakan buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum dilantik menjadi Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah pada Mei tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijadual mengadakan sidang media mengenai kematian Tien Fatt hari ini. – Berita Harian

22