10 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Beluran

BELURAN, 28 Mac – Sebanyak 10 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Keramat di sini awal hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, kebakaran 1.30 pagi itu turut memusnahkan sebuah dewan serba guna dan gereja.

Kedudukan kediaman yang terlalu rapat menyebabkan api merebak dengan cepat dan kebakaran hanya dapat dikawal pada 3.15 pagi manakala operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian, demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan juga menyebut kejadian tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
9