Seorang cedera Dalam kemalangan di bulatan jalan Kunak

Foto Ihsan Pembaca

Seorang cedera apabila kenderaan yang di naiki nya terlibat dalam kemalangan di bulatan jalan Kunak-kilometer 20 Semporna.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Lim Jun Yan 20 tahun

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 1.36 petang melalui panggilan kecemasan MERS999

“Pasukan bomba dari Balai Bomba Semporna  telah ke lokasi kejadian dengan kekuatan 8 orang anggota  yang diketuai oleh PBK2 Rosman Bin Gari dengan menggunakan sebuah jentera telah ke lokasi untuk menjalan operasi menyelamat.

Menurut ketua operasi kemalangan melibatkan sebuah sebuah jenis Honda Civic yang telah terbabas sendiri lalu masuk ke dalam parit kawasan kebun kelapa sawit.

Terdapat seorang mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dan seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah Pasukan bomba memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian Pasukan bomba telah menamatkan Operasi sepenuhnya pada pukul 2.20 petang

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
12