Hampir 50,000 Pengujung Meriahkan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau

Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm

HAMPIR 50-RIBU PENGUNJUNG MERIAHKAN FKAT TAWAU

TAWAU; Hampir 50-ribu pengunjung hadir membanjiri malam kemuncak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) kali ke-8 yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Rata-rata peserta dan pengunjung gembira dan berpuas hati pada penganjuran FKAT pada kali ini yang menjadi medan pengetahuan kepelbagaian budaya di Sabah khususnya selain menjadi platform untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan pada adat resam dan etnik yang diwarisi sejak turun-temurun.

Seorang peserta Etnik Kokos iaitu Gohkahchong Gohahlek, 16 tahun berkata, festival ini banyak memberi pengetahuan dan memberi peluang kepada generasi muda untuk belajar berkenaan budaya Etnik lain.

Katanya, penglibatan kali ketiga pada tahun ini menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus turut terlibat pada FKAT, pada masa akan datang.

Sementara itu, seorang pengunjung 
Roslinda, 33 tahun berkata, beliau bersama keluarga datang ke festival ini bagi memberi pendedahan kepada anaknya berkenaan kepelbagaian kaum dan tarian budaya setiap etnik agar kanak-kanak itu boleh meneruskan warisan bangsa nenek moyang yang diwarisi sejak turun-temurun.

Jelas Roslinda, beliau tidak mahu sekiranya anaknya kurang penghayatan dan pengetahuan khususnya adat resam etniknya iaitu Bajau Sama.

FKAT 2019 yang disempurnakan oleh
Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin itu turut dihadiri Toh Puan Datin Seri Norlidah R.M Jasni dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

FKAT yang terus diangkat dan dimartabatkan sehingga ke peringkat antarabangsa ini diadakan pada minggu ketiga di bulan Mac setiap tahun menjadi festival yang dinanti-nantikan oleh para penggiat seni di Sabah dan masyarakat Tawau.

Kali ini, 28 penggiat seni budaya warisan etnik negeri ini serta dua negara luar iaitu Indonesia dan Thailand mengambil bahagian bagi mempromosi keistimewaan dan keunikan ikon Warisan mengikut alunan muzik asli masing-masing.

Sumber Facebook Pages #BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
189