Rumah terbakar, empat penghuni selamat

Anggota bomba semasa melakukan operasi pemadaman

KOTA BELUD: Empat penghuni berhadapan detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Kawang-Kawang di sini terbakar pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Roslan Osman berkata kejadian jam 9 pagi itu membabitkan sebuah rumah seluas 40×60 kaki persegi.

“Kita menggerakkan seramai 10 pegawai dan anggota sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9 pagi.

“Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan sumber air dari sungai berhampiran dan api berjaya dipadam jam 9.39 pagi kemudian.

“Empat penghuni yang berada di dalam rumah semasa kebakaran berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 10.39 pagi.

Anggota bomba semasa melakukan operasi pemadaman
Keadaan rumah selepas operasi pemadaman dilakukan anggota Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *