Tikam ibu kerana anjing

ANGGOTA keselamatan membawa ibu yang ditikam anak sendiri. FOTO/AGENSI

Beijing: Akibat terlalu marahkan ibu yang menghempas anjing kesayangannya hingga mati, seorang budak lelaki berusia 13 tahun di daerah Jianhu, Jiangsu bertindak menikam wanita itu sehingga mati.

South China Morning Post melaporkan, budak lelaki yang dikenali sebagai Shao Fuming itu menikam Yang Yan, 37, dengan pisau pemotong daging Sabtu lalu, di rumah mereka selepas berlakunya pertengkaran.

Fuming ditahan pada Isnin lalu di sebuah restoran 24 jam dan menghabiskan masanya seharian di sana, selepas polis menemui mayat Yang, kata pegawai polis menerusi Weibo.

Seorang jiran berkata, kejadian itu berlaku selepas Yang membunuh anjing Fuming untuk mendisiplinkan anaknya.

“Ibunya fikir Fuming bermain dengan haiwan kesayangan itu sepanjang hari. Dia menghempas haiwan itu sehingga mati di hadapan anaknya,” kata jiran itu kepada Red Star News.

Yang membesarkan budak lelaki itu sendirian kerana suaminya bekerja di wilayah lain dan berada jauh dari keluarga. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *