Lelaki rogol anak saudara kena 45 tahun penjara

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun dihukum penjara 45 tahun kerana merogol anak saudaranya yang berumur sembilan tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman tersebut kepada lelaki itu yang mengaku terhadap dua pertuduhan ke atasnya pada Rabu.

Pada pertuduhan pertama, lelaki itu dipenjara 20 tahun kerana merogol anak saudaranya itu pada jam 2.20 petang pada November 2018 di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud.

Pada pertuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman 25 tahun kerana mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa sama pada jam 2 petang pada 7 Mac tahun ini di tempat sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara di antara lapan dan 30 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu secara berturutan dari 7 Mac tahun ini kerana kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu adalah pada masa berlainan dan berulang.

Tidak ada sebatan dikenakan kepadanya kerana umurnya.Ketika meminta hukuman ringan, lelaki itu yang tidak diwakili memberitahu mahkamah bahawa dia kesal dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen menggesa mahkamah menjatuhkan satu hukuman pencegahan atas sebab ia adalah kesalahan serius terhadap kanak-kanak bawah umur yang mempuyai pertalian dengan tertuduh.

Lim menambah bahawa mahkamah harus mempertimbangkan bahawa mangsa trauma dengan kejadian itu.

Mahkamah mendengar bahawa insiden itu terdedah selepas kes rogol kedua berlaku apabila mangsa menceritakan perkara itu kepada kakaknya.Kakaknya kemudian memberitahu ibunya yang kemudian membuat satu laporan polis pada 7 Mac, mendakwa anak perempuannya yang berumur sembilan tahun dirogol oleh bapa saudaranya dua kali.

Siasatan lanjut mendapati pada hari sama pada jam 1.30 petang semasa mangsa sedang bermain bersama dua adik beradiknya, lelaki itu yang rumahnya terletak bersebelahan dengan rumah mangsa memintanya untuk datang ke rumahnya.

Mangsa hanya mengikut lelaki itu ke rumahnya di mana dia dirogol oleh mangsa. Semasa insiden itu adik beradik mangsa diperintahkan untuk menunggu di luar rumah.

Selepas merogolnya, lelaki itu memberi amaran agar tidak memberitahu orang lain tentang insiden itu dan turut memberikannya RM2 sebelum dia meninggalkan rumah itu.

Tetapi mangsa mendedahkan insiden kedua kepada kakaknya.

Siasatan juga mendedahkan bahawa kanak-kanak itu kali pertama dirogol oleh lelaki itu pada November 2018 di tempat sama tetapi dia tidak memberitahu orang lain mengenainya kerana takut lelaki itu akan memarahinya serta tidak akan menumpangkannya ke sekolah.

Semasa insiden pertama, lelaki itu memberikan mangsa RM5 sambil memberi amaran agar tidak memberitahu orang lain.