Kerajaan tidak iktiraf individu mempunyai dua kewarganegaraan

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara akan menyiasat laporan mengenai rakyat Malaysia yang mempunyai dua kewarganegaraan berserta bukti kukuh .

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dasar kerajaan Malaysia adalah tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan.

Katanya, seseorang warga negara Malaysia boleh diambil tindakan pelucutan kerakyatannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan Thailand perlu membuat pengakuan dan memilih salah satu kerakyatan bagi mengelak sebarang masalah. – Berita Harian

103